Wednesday, February 29, 2012

resepi : kek moist coklat

assalamualaikum..
mari try resepi baru, resepi simple.. tehee :)

 


BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula
1 cawan air panas
3/4 cawan serbuk coklat
2 biji telur
1 sudu susu pekat manis
1 sudu serbuk penaik
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu esen vanila


UNTUK HIASAN
coklat masakan
chocolate rice





CARA-CARA MEMBUAT

1. ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat
2. masukkan bahan yang dah diayak ke dalam mixer. 
3. masukkan gula, susu, esen vanila, air panas ke dalam mixer
4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang. biar dia jadi macam rupa dekat gambar atas.
5. sementara bagi adunan bahan2 ni kembang, panaskan alat kukusan
6. bila dah panas, masukkan adunan kek dalam loyang. make sure letak minyak/manjerin dekat loyang bagi elakkan kek melekat dekat loyang
7. masak dalam masa sejam 


*tips: camne nak tahu kek dah masak? cucuk hujung sudu dalam kek, kalau macam ada adunan yang melekat kat sudu. maknanya tak masak lagi*




8. sementara nak tunggu kek masak. cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double-boiler


9. bila dah masak, hiaskan dengan coklat masakan yang dah cair dengan coklat rice







haikal yang sesaited habis ! bhahaha

haikal yang baju dah hilang posing dengan kek



nota kaki:
adalah suka betei kat rumah !





2 comments:

Hana Kimi said...

suhu bape?

fazey said...

Hana kimi - ni kukus.. xbakar pun. ;)