Friday, January 28, 2011

resepi : bingka roti

bingka roti


aku dah sampai selangor dari kuala terengganu pagi tadi :) meh aku nak tunjuk 1 resepi..petang tadi buat..mula2 ibu suruh masak cekodok je..aku alih2 malas nak buat..last2, search internet, cari resepi..jadi gak resepi minum petang hari ni :)


RESEPI BINGKA ROTI :

Bahan A :
roti - 6 keping
susu cair - 200 gram (tau tak tin susu cair yang panjang? guna separuh, ada gak yang guna santan)

Bahan B :
tepung gandum - 1 cawan
gula - 1/2 cawan (aku blander dulu gula ni)
telur - 3 biji
garam - sikit je
mentega - sikit (cairkan)
esen vanilla - 2 sudu


CARA BUAT :
1. carik roti atau potong roti kecil-kecil
2. rendam roti dengan susu cair
3. sementara tu, campurkan semua bahan B
4. ayak bahan B..supaya lagi halus
5. Campurkan bahan A dan B. Tuang dalam loyang
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius..selama sejam
7. Biarkan sejuk dulu, baru potong..





nota kaki:
esok nak gi genting highlands :)

5 comments:

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

tempah 1.. bwk UMT..

AiDa AzRyN said...

wah! cam sedap je! @.@

nadia said...

@line putih line hitam

kalau bawak balik umt, dah tak panas..tak sedap..hehe

nadia said...

@aida azryn

hehe..try la..:)

bukan photographer said...

blik umt nnt tlg buatkan..nk rase..ghehe