hari rabu : 17 ogos 2011, sekolah aku ada buat iftar kat sekolah.. tema kali ni potluck.. jadi, dengan rajinnya aku nak bawak kek batik.. kekeke.. sebab aku rasa resepinya simple la sangat.. dan aku dah lama belajar buat kek batik ni.. jom try :)
BAHAN-BAHAN

milo, buttercup, biskut marie & susu pekat
CARA MEMBUAT

cairkan mentega dengan api perlahan

bila dah cair macam kat atas, masukkan susu pekat.. sukatan, ikut korang sebab susu ni penambah manis.. kalau suka manis, letak la banyak... tapi jangan lebih 1 tin macam dalam gambar 1

bila dah sebati susu & mentega, masukkan milo dan biarkan sebati.. kacau dengan api perlahan gak.. bila dah nak sebati, masukkan biskut marie yang dah dihancur

*rupa biskut marie yang dihancur*

gaul biskut marie dengan perlahan.. time ni tutup api pun dah ok

*rupa kek marie sebelum dimasuk dalam loyang*
lepas dah siap, letak kek batik dalam loyang.. ambik lesung batu, balut dengan plastik.. tekan biskut marie slow2 sebab tak nak bagi dia pecah.. sejukkan dalam peti ais untuk dapatkan kepuasasn maksima.. keh3
nota kaki:
mata dah mengantuk.. yukk..tido !
No comments:
Post a Comment