Thursday, July 19, 2012

resepi : biskut chocolate chip ala2 famous amos

assalamualaikum...

dua hari menjelang ramadhan.. :) alhamdulillah.. aku selamat sampai rumah sebab hari sabtu minggu lepas, aku dgn sedara mara gi langkawi.. dan langkawi still ramai orang 


                           
*biskut*

kali ni, aku tengah mood rajin.. tengah2 kat office siang tadi, semangat cari resepi biskut.. saje2 nak makan sebelum puasa.. sila scroll ke bawah kalau nak tahu resepi biskut yang mudah dan senang untuk disediakan :)


BAHAN-BAHAN (AYAK)

- 2 1/4 cawan tepung gandum
- 3 sudu kecil serbuk koko
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
-1/2 sudu kecil baking powder
-2 sudu besar susu tepung
- garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN

- 250 gram mentega
- 1 cawan gula (blender utk haluskan)
- 1 biji kuning telur
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan chocolate chip (takde jual kat kedai, aku gantikan dengan chocolate bar yang dipotong kecil)




CARA PENYEDIAAN

1. pukul mentega, gula & esen vanilla sampai kembang 

2. bila adunan dah kembang, masukkan bahan yang diayak.. pastikan semua bahan sebati

 3. masukkan chocolate dalam adunan.. kacau sehingga rata

4. sudukan adunan ke atas dulang yang diglis mentega / di alas dengan kertas minyak (i lebih prefer sudukan adunan atas dulang je sebab tak melekat macam atas kertas minyak)

5. masak pada suhu 150'c selama 15 minit.. lepas masak, keluarkan dari oven & biarkan kejap.. sebab biskut tu akan mengeras secara semula jadi

6. tadaa... siap dah.. sedap makan panas2.. hewhewhew




keke.. actually 1st masak tu hangus & rentung jugak.. lepas tu, tanya ibu & baru menjadi.. ;p


*haha.. hangus!*




nota kaki:
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka" 

2 comments:

cik comel said...

ak pon bru carik resipi ni smlm.hehe.tapi blom wat lagi.

nadia said...

hehehe.. gi la buat cepat2 :)