alfatihah ayah.
dah 8 bulan ayah tinggalkan adik
ramadhan
jarang sebenarnya adik dapat buka puasa 30 hari dengan ayah..
adik merantau-rantau belajar
since adik form 1, adik dah masuk asrama
ingatkan tahun ni dapat berbuka penuh kat rumah dengan ayah,
tapi...
Allah lagi sayangkan ayah
adik ingat lagi
tahun lepas, bazar kat taman perumahan kita,
ayah akan pergi bazar tu
pastu lepak kejap dengan kawan2 ayah..
bila balik, ayah mesti bawak bali kuih badak berendam febret ibu & ayah
adik tak tahu, adik mampu ke tak, buat macam ayah buat tu
sebab
adik tahu kalau adik beli kuih badak berendam tu, mesti lepas tu ibu berendam air mata
ibu ada tanya adik, apa perasaan adik ramadhan kali ni..
adik rasa biasa sangat..
adik ni tak berperasaan ye ayah?
biar lah adik yang ibu kenal, simpan semua dalam hati..
adik tak sanggup tengok ibu sedih lagi
nota kaki:
Salam Ramadhan ;')
No comments:
Post a Comment