Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

Ibu Turns 51 : Florist Bukit Tinggi Klang - Petal Florist Klang Sdn Bhd

Assalamualaikum..

beheee.. alkisahnya, masing2 ingat birthday ibu, tapi macam takde plan pape. petang semalam, masa on da way balik dari kerja, aku wassap abg, ada plan pape tak untuk birthday ibu kali ni.. abg reply, beli la pape, kek ke..

bila sampai rumah je, ibu keluar kejap, aku terus ajak asri survey + beli sekali kek kat area Bukit Tinggi. abg cakap survey kat BR. aku pun gi sana.. hmm. tapi tak berkenan sangat dengan design + price dia a little bit pricey. kiki.. last2 aku gi beli baker's cottage. tiramisu. 

dalam kereta, aku mengajak asri gi survey bunga. kebanyakan florist ni, akan tutup kedai awal tau. jadi, bila survey, memang banyak la kedai yang tutup. Last2 dapat 1 kedai bunga yang buka 


kedai ni best sebab bouquet2 kat sini semua dah digubah. Jadi, kalau kita ni jenis takde idea nak bunga macam mana, kedai ni memang one choice la. bouquet yang dijual kat sini dijual dengan harga yang affordable sebab kedai ni wholesaler untuk bunga2. last2 aku bekenan sangat sangat dengan bunga kat bawah ni



ada dalam 10 kuntum ros merah. harga dalam rm70 je. lepastu, siap dapat diskaun RM10. kikiki.. tak ke murah? sebab aku pernah survey, 10 kuntum dekat RM100.. 


haruslah aku yang posing dulu kan. hehehe. aku pun dapat bunga. asri bagi. kikiki. memang aku puas hati la dengan bouquet yang nak bagi ibu. :D



kitorang celebrate awal dalam pukul 10, sebab lambat2 takut mengantok lak.. mula2 aku bagi bunga yang 3 kuntum + kek.. tu pun muka ibu da happy.. lepas tu asri buat drama swasta

"ibu, ni kitorang ambik balik ye.. hehehehhe (sambil ambil bunga 3 kuntum)..."

lepas tu aku bawak turun bouquet ni.. lagi la senyum lebar.. kiki..

bak kata ibu, ni 1st time dapat bunga banyak2 ni. :') alhamdulillah dapat menghappykan ibu. cuma terkilan ayah tak sempat rasa semua ni. ayah pergi masa aku tengah belajar. tak sempat merasa ni semua. tapi, its ok, aku tahu ayah mesti bangga dengan anak2 dia. 

wishing you the best day ever.. all my love for you. Happy birthday ibu ! :)

Tuesday, January 20, 2015

Seprais Kemain #NadiaTurn25

Hi!

asal masuk tahun baru je mesti birthday. beheee.. birthday aku 17 januari. last few week, asri memang banyak outstation. kejap2 OT, kejap outstation.

"yang, nanti kite gi Penang tau 16hb ni...." 

"hmm..16hb gi Penang?..."

Dlm hati dok pikir ayat tak nak dia outstation 16hb, nanti confirm balik lambat. nanti dah tak jadi org first yang wish birthday kat aku. kekeke.

"ye lah.. gi la outstation, tapi jgn lupa tau. jadi org 1st yg wish tau..." beheee..dok ulang ayat tu banyak kali. ahahaha

pagi 16hb, prepare kan barang2 asri nak outstation. ironkan coverall asri. renyah tau nak iron. tapi aku tak suka baju dia kedut. lagi2 nak gi outstation.


*google*


lepas tu masing2 gi kerja.. dalam kul 10 pagi, aku telefon asri tanya kat mna. then dia jawab

"tak jadi outstation... kite tukar dgn org lain..."

ahahahahhahahaha....yippie..! sweet kemain tak laki i'ollss



malam tu, abg & SIL gi beli subway. suprise tapi tak jadi sgt sbb dah nak terkantoi dgn aku

*subway*

lepas tu tengok Maharajalawak mega. mmg stail aku.. last dah nak habis mesti tertido depan tv. kihkihkih. tepat kul 12, asri buat suprise kek lak

*kek coklat SR*

lepas tu dorang lupa nak keluarkan dari peti ais awal sikit, terus keras. tak boleh nak potong. ahaha

*****

19 January 2015

macam biasa gi kerja macam biasa. Asri kata dia balik lambat nak beli lauk utk bawak bekal. 
bila sampai rumah, aku tengok bekal dia ada lagi dalam raga moto. selalunya dia basuh sendiri sebab aku kan balik lambat. jadi, turun kereta. capai beg bekal. Konon2 nak gi terus basuh kat dapur, 

bila bukak je beg kuning, ada uncang merah

hehe. kemain tau manis macam gula

;')

terus senyum sampai telinga. tak jadi nak basuh bekal. belek dulu hadiah. behee.. lepas settle, aku gi dapur. dalam hati dok happy2 dah & nak tengok lauk apa yang asri beli untuk bawak bekal harini. 

Buka peti ais, jumpa ikan


"ikan ape ni yang...?"


"ikan Rohu...." balas asri


aku tak pernah masak.. tak pernah makan. ni pun enko buat seprais kemain ye somi T_______T



**gambar google**



Terima kasih anje.sepanjang kite dari umo 18 sampai sekarang.. kite happy dgn anje. Gaduh tu normal la. Tak gaduh xbest kan. Acecce.. maceh hadiah birthday. 




Wednesday, February 20, 2013

ini kisah 2012

assalamualaikum

*ini adalah entri tertunggak-tunggak. harap maklom*

Disebabkan aku ni terlampau rajin update blog. aku rangkumkan kisah 2012 sepanjang hidup aku

16 JANUARI 2012

petang, masing2 sibuk bbq. bbq last sebab ni masing2 nak start praktikal, then tak tahu bila nak jumpa lagi.



ya Allah. its so ohsem! 16 januari, malam terakhir kat bumi terengganu, then, this beloved friends surprisekan birthday yang jatuh 17 januari. tengs miemi, atin, ksha, akmal, apang, pokdin, zaher, dan epul (masa tu aku tau ko tak datang sebab sibuk nak detim)  cisssss! hahaha. and tengs aiman sebab siap tolong pasang lagu "allah selamatkam kamu" kat kedai.


17 JANUARI
disebabkan semalam memang la tidur lambat, dengan sambut birthday bagai. then, 17 januari aku dengan miemi nak gerak balik rumah. naik en mondok. pukul 5/6 pagi siap2, keluar rumah sewa

selalunya memang aku tukar2 driving. aku & miemi memang takkan tidur sebabnya nak temankan sape yang drive. tapi around 9 pagi, miemi cakap nak tido kejap. start masuk highway, aku dah start ngantok, nak kejutkan miemi, macam tak sampai hati. then, aku perasan signboard 5km lagi nak sampai stesen minyak.
konon2 nak tukar dengan miemi masa tu, tapi segalanya dari Allah. tak sampai kat sana, aku accident. accident dalam pukul 9.30 pagi. sobsobsob..


sila lihat untuk tengok tahap en mondok.

sumpah, lepas accident, aku tak berani telefon ibu, terus telefon abang. abang berdesup datang hospital kuantan. kat hospital? sedih. semua kena urus sendiri, barang2 yang bertimbun, aku letak tepi. cuma bersyukur sangat tak kena tahad wad. dan yang paling bersyukur, miemi cedera sikit. kalau la jadi pape kat dia, aku la orang 1st yang paling rasa bersalah. en mondok dah jadi total lost. dah tak jumpa en mondok. semua angkara bengkel bodoh! 

FEBRUARI-OGOS



praktikal yaww! 
the best thing ever. staff best. kerja best. tapi sayang susah nak masuk sini. bonus untuk staff 7 bulan woo.. sape la yang nak berhenti lepas masuk keje kat northport. macam2 aku dpt explore kat marine department. dapat naik quey crane, naik tug boat, naik pilot boat. belajar analysis report. :)


TUNANG


aku tak pernah expect nak tunang umur 22 tahun. aku bajet tunang umur 23.. kahwin 24. last2 asri tiba2 ajak tunang. alhamdulillah lepas 4 tahun kenal asri, kitorang selamat tunang. tema tunang aku - turquiose sebab ayah suka warna2 biru ni. aku nak majlis tunang aku ni macam ayah ada.. 



deko pelamin aku DIY je. simple je


centerpiece atas meja pun DIY. lebihan bunga2 masa buat sireh junjung.


khemah


makanan. ala2 kampung. ada ikan masin, kerabu, paru sambal, kari ayam & ulam2


tengs girlsfriend yang dtg. :)
fatin & murni siap bermalam kat rumah


simple baju, simple HB (modal tak sampai rm10) 

lovely mommy. actual masa ni acara suap2 coklat atau manisan.
kira ni ikot adat arwah ayah. 


;')



dengan en asri yang 4 tahun dah tahan dengan perangai aku yang ada pasang surut ni.
tengs syg


KERETA

hohoho.. finally aku berjaya beli kereta. seronok ada kereta tapi terseksa kena bayar bulanan kereta. haha. 
1st time, aku dapat beli saga se. syukur. walaupun kereta tu pantang je hujan mesti kotor ya rabbi, nasib kau la kereta dapat tuan macam aku..



******

p/s:
senanya banyak lagi aku nak taip. especially pasal engagement ni. ;p