Saturday, November 26, 2011

ayah-ajal itu pasti #3

assalamualaikum..

redha. setiap yang hidup pasti mati.. cuma masanya kita tidak tahu bila.

19 november 2011- 5 petang

abang telefon dan suruh balik..
dan aku tahu kalau abang yang suruh balik, mesti urgent..
sebab abang takkan suruh balik kalau ayah tak sakit teruk
masa abg telefon, aku kat luar.. baru habis forum rakan industri
cepat2 balik dan kemas baju ala kadar
aku mintak tolong k. normah tolong hantar kat airport..
senanya main redah je kat airport..
nak tengok tiket ada lagi tak sebab kurang 4 jam, tak boleh beli online
last2, dapat tiket rm180.. terus beli tak fikir panjang


lebih kurang pukul 1o malam sampai lcct..
en asri ambik kat lcct dan terus gi hospital tengku ampuan rahimah, klang
sampai je hospital, ada ibu dgn abg
ayah duduk wad 4a
masa ni, ayah banyak meracau..
ayah banyak kata sakit..
dan ayah sedar aku balik..
sebab ayah ada sebut 'adik.. sakit..!'



20 november 2011-ahad

hari ni, doktor cakap mungkin ayah akan dipindah wad tingkat 8..
dan tengah tunggu wad 8 kosong
ayah masih meracau-racau
dan hari ni ramai sedara mara yang datang
adik beradik ibu 8 orang
dan 7 orang yang datang
kakak ayah dan adik ayah pun datang ziarah ayah



*bersambung*

2 comments:

♛ AR the annoying said...

im also adik in my family. for god sake im crying, huuu ;(

fazey said...

adik ?
sama la.. ;')
tapi sekarang dah kurang sorang yang panggil aku adik