21 november 2011 - isnin
1 pagi
doktor cakap nak masukkan salur kencing dekat ayah
ayah pernah cakap, kalau boleh ayah tak nak doktor masukkan sebab sakit..
last2, ibu bagi doktor masukkan sebab doktor nak sukat urine ayah
dan aku tergamam sekejap bila dengar ayah menjerit..
2.30 pagi
kat tangan ayah ada wayar yang masukkan air..
tiba2, air tu meleleh keluar.. cepat2 panggil doktor & nurse
doktor kata kena cucuk yang baru..
masa ni ada aku dengan ibu je..
ibu dah lari keluar kat koridor sebab tak sanggup nak tengok
dan aku yang pegang tangan ayah sebab tak nak bagi tangan ayah bergerak
8 kali doktor cucuk tangan ayah sebab tak jumpa urat..dan doktor cakap, kalau tak boleh jugak.. doktor nak cucuk kat leher sebab kat leher je nampak urat ayah..
ibu sampai cakap..
"kalau ayah kau sedar, mesti disepak je doktor tu.."
sebab sampai 8 kali doktor tu cucuk..
last2, ada 1 doktor perempuan.. dia betulkan je jarum yang pertama
tak sampai sejam.. air tu keluar balik..
doktor terus kata nak cucuk kat leher..
dalam 4 kali gak cari urat,
last2 dapat jumpa urat kat belah kanan
aku yang tengok naik kesian tengok ayah...
masa ni, ayah dah tak meracau2..
21 november 2011-4 pagi
nurse datang bersihkan ayah..
actually, kiranya pukul 4 pagi ni, last ayah buang air besar berdarah...
takde najis pun.. cuma ada darah gelap..
nurse lap badan ayah & tukar pampers baru
lepas settlekan ayah, ibu cakap nak tido sampai subuh..
aku duduk tepi ayah, pegang tangan ayah..
masa ni, tangan ayah sejuk sangat..
21 november 5 pagi
masa ni, aku baru nak terlena tepi ayah..doktor datang kejut
doktor : kamu ni anak pakcik ye?
aku : a'aa
doktor: kamu tahu kan? pakcik ada kanser hati dan start nak merebak kat paru2..
-lepas tu, doktor tu stop cakap dengan aku, dan keluar gi koridor kejut ibu dan ulang apa yang dia cakap dekat aku
doktor: sekarang ni, kita tak boleh la buat apa dekat pakcik.. boleh la telefon saudara mara datang
ibu: takda cara lain ke utk ubatkan pakcik?
doktor : ada.. tapi kalau buat, boleh bertahan dalam 2, 3 bulan
abang pernah tanya doktor.. kalau 2, 3 bulan bertahan tu, ayah boleh balik rumah ke
dan doktor tu balas.. 2, 3 bulan tu ayah kena duduk hospital je
21 november 2011- 5.30 pagi
ibu start telefon sedara mara..
pagi2 tu jugak, abang, angah ija, angah cu, kak aja dgn abg wan, pakcik suhaimi , makcik sarimah, nurul, ekal, danial datang..
masa ni, sempat suapkan ayah air zamzam.. makcik nor bawak dari rumah pagi tu
*bersambung*
2 comments:
:(
;'(
Post a Comment