Monday, December 5, 2011

ayah - 2 minggu #7

hari isnin 2 minggu lepas,
masih berada di kampung
baru selesai tahlil untuk ayah


hari isnin 2 minggu lepas,
malam tu, adik tidur tepi ibu..
sebab tak nak ibu rasa kehilangan


hari isnin 2 minggu lepas,
tidur ibu tak lena..
ibu cakap dah lama sangat ibu tak tidur lama
sebab
sebelum ni jaga ayah


adik masih terbayang muka ayah
alhamdulillah..
masih ada kesempatan untuk adik menjaga ayah
masih sempat adik genggam tangan ayah semalaman,
sehari sebelum ayah pergi
walaupun masa tu, tangan ayah sejuk sangat
masih sempat adik bisikkan kalimah syahadah dekat telinga ayah
masih sempat adik dengar ayah panggil nama adik


nota kaki:
to Allah we belong, and to Him we return . alfatihah

2 comments:

♛ AR the annoying said...

tak boleh byg kalau berlaku kt aku.rapat sgt ngn ayah. i can't be as tough as u been :)

fazey said...

tak la sekuat mana pun aku ni ;'(