Thursday, December 8, 2011

ayah - ibu #8


ayah jarang tersenyum bila ambik gambar..
ayah kata bila ambik gambar, mana boleh pandang kamera !
tapi mungkin masa ni, ayah gembira sangat
sebab ibu gayat naik menara taming sari
terus ayah tutup mata ibu



ibu dah lama kahwin dengan ayah
dekat 27 tahun ibu hidup bersama ayah
ibu kahwin dengan ayah masa ibu umur 20 tahun, ayah 30 tahun
sepuloh tahun beza..



ibu pernah tanya dekat ayah
kalau ibu sakit, sape nak jaga ibu?
ayah balas


"nanti abang upah orang jaga pah.."


walaupun masa tu, ayah terbaring kat hospital,
ayah masih boleh cakap macam tu :')


setakat gaduh2 biasa lah dalam perkahwinan
cuma apa yang aku tengok
semenjak sebulan dua ayah ulang alik hospital,
ibu dengan ayah tak pernah gaduh


ibu pernah cakap dekat aku..

"sepanjang ibu jaga ayah kat hospital, ibu tak pernah rasa terbeban.."

alhamdulillah..
Allah bagi peluang dekat ibu jaga ayah baik2 sebelum ayah pergi


ibu,
adik yakin sangat, ibu ni wanita terbaik untuk ayah



nota kaki:
setiap yang hidup akan menemui ajal, kita yang hidup tak perlu berpaling ke belakang
dad miss u.. alfatihah 

5 comments:

Unknown said...

Tahziah kepada awak and fameli.
Kebetulan hari kelahiran ayah awak sama dengan saya :)
Semoga ayah awak dicucuri rahmat disana
Amin

nadia said...

@ cik S e h a

amin

♛ Bini Ronaldo said...

Touched :')

nadia said...

:')

Unknown said...

takziah...sentiasalah doakan kesejahteraan arwah disana..amin..