Thursday, September 13, 2012

Bila Ibu Tunggal Nak Kawin

yes. aku baca blog loveshak "BILA AYAH/IBU TUNGGAL NAK KAWIN LAGI". ye. aku tahu. kite sebagai anak tak boleh nak halang bila parents nak kawen lain.

macam aku..
ayah aku meninggal tahun lepas. more detail. november tahun lepas. lepas je ayah dikebumikan, aku dengan abang terus cakap

" ibu, kalau ibu nak kawen, kawen la. KECUALI jangan laki orang"

see? bertapa sporting bagi ibu kawen lain. sebab ada kawan aku sendiri yang memang tak bagi ayah dia kawen lepas maknye meninggal


faktor2 yang menyebabkan aku tak berapa nak sokong kalau kawen dengan laki orang

1- WIFE.. tunjuk dekat aku berapa ramai yang isteri yg redha bila suami dia kawen lain? kalau redha sekalipun, takkan sedikit pun tak terdetik?
2- ANAK.. in case anak pun kecik2 lagi. semua tak habis belajar, confirm ke mampu nak tanggung bini kedua? tup2, bini kedua pun anak kecik2 lagi
3-CACIAN.. malay typical. mesti ibu tunggal yang start menggatal dulu.

memang. nanti ada la mulut2 jahat dok soh seh soh seh cakap. mak nak kawen, tak guna wali anak. tak guna semua tu. yang penting wali daripada ayah atau adik beradik lelaki. tapi kalau nak mendirikan masjid atas kesengsaraan orang lain, nak buat pe?

kenapa benda sunat untuk dirikan masjid perlu bagi orang lain sedih? kenapa?!

fine. bila anak marah2. sibuk kata lelaki sunat kawin 4. sunat kawin 4 tu yang nak ikut. kenapa sunat2 lain tak pulak ikut?

aku sendiri penat. terlalu penat.

please. jadi laki orang tolong jangan gatal bila tahu ada ibu tunggal. tolong pikir anak bini. tak payah la pura2 nak ambik berat, pura2 kata nak temankan ibu tunggal yang kesunyiaan. jadah semua tu. kalau berani nak kawen, jumpa wife. cakap kau tengah kawan dengan ibu tunggal. cakap niat kau baik.

aku sendiri tak nak halang bila 1st wife tahu & redha kau kawen lain.


nota kaki:
cinta pertama tak semestinya cinta terakhir.


2 comments:

Nurfarahain Rahmat said...

hebat r kong..aku x segagah ko bagi mak aku kawin lain..haiisshhh la ni sedang bergigih terima hakikat mak aku nak jugak kawin lain..
#kesat peluh kat dahi

fazey said...

Farahain - haha.. anak2 kena redha walaupun kdg2 dlm hati terdetik macam2.. aku ok selagi bukab dgn laki org. Keke