Wednesday, February 20, 2013

ini kisah 2012

assalamualaikum

*ini adalah entri tertunggak-tunggak. harap maklom*

Disebabkan aku ni terlampau rajin update blog. aku rangkumkan kisah 2012 sepanjang hidup aku

16 JANUARI 2012

petang, masing2 sibuk bbq. bbq last sebab ni masing2 nak start praktikal, then tak tahu bila nak jumpa lagi.



ya Allah. its so ohsem! 16 januari, malam terakhir kat bumi terengganu, then, this beloved friends surprisekan birthday yang jatuh 17 januari. tengs miemi, atin, ksha, akmal, apang, pokdin, zaher, dan epul (masa tu aku tau ko tak datang sebab sibuk nak detim)  cisssss! hahaha. and tengs aiman sebab siap tolong pasang lagu "allah selamatkam kamu" kat kedai.


17 JANUARI
disebabkan semalam memang la tidur lambat, dengan sambut birthday bagai. then, 17 januari aku dengan miemi nak gerak balik rumah. naik en mondok. pukul 5/6 pagi siap2, keluar rumah sewa

selalunya memang aku tukar2 driving. aku & miemi memang takkan tidur sebabnya nak temankan sape yang drive. tapi around 9 pagi, miemi cakap nak tido kejap. start masuk highway, aku dah start ngantok, nak kejutkan miemi, macam tak sampai hati. then, aku perasan signboard 5km lagi nak sampai stesen minyak.
konon2 nak tukar dengan miemi masa tu, tapi segalanya dari Allah. tak sampai kat sana, aku accident. accident dalam pukul 9.30 pagi. sobsobsob..


sila lihat untuk tengok tahap en mondok.

sumpah, lepas accident, aku tak berani telefon ibu, terus telefon abang. abang berdesup datang hospital kuantan. kat hospital? sedih. semua kena urus sendiri, barang2 yang bertimbun, aku letak tepi. cuma bersyukur sangat tak kena tahad wad. dan yang paling bersyukur, miemi cedera sikit. kalau la jadi pape kat dia, aku la orang 1st yang paling rasa bersalah. en mondok dah jadi total lost. dah tak jumpa en mondok. semua angkara bengkel bodoh! 

FEBRUARI-OGOS



praktikal yaww! 
the best thing ever. staff best. kerja best. tapi sayang susah nak masuk sini. bonus untuk staff 7 bulan woo.. sape la yang nak berhenti lepas masuk keje kat northport. macam2 aku dpt explore kat marine department. dapat naik quey crane, naik tug boat, naik pilot boat. belajar analysis report. :)


TUNANG


aku tak pernah expect nak tunang umur 22 tahun. aku bajet tunang umur 23.. kahwin 24. last2 asri tiba2 ajak tunang. alhamdulillah lepas 4 tahun kenal asri, kitorang selamat tunang. tema tunang aku - turquiose sebab ayah suka warna2 biru ni. aku nak majlis tunang aku ni macam ayah ada.. 



deko pelamin aku DIY je. simple je


centerpiece atas meja pun DIY. lebihan bunga2 masa buat sireh junjung.


khemah


makanan. ala2 kampung. ada ikan masin, kerabu, paru sambal, kari ayam & ulam2


tengs girlsfriend yang dtg. :)
fatin & murni siap bermalam kat rumah


simple baju, simple HB (modal tak sampai rm10) 

lovely mommy. actual masa ni acara suap2 coklat atau manisan.
kira ni ikot adat arwah ayah. 


;')



dengan en asri yang 4 tahun dah tahan dengan perangai aku yang ada pasang surut ni.
tengs syg


KERETA

hohoho.. finally aku berjaya beli kereta. seronok ada kereta tapi terseksa kena bayar bulanan kereta. haha. 
1st time, aku dapat beli saga se. syukur. walaupun kereta tu pantang je hujan mesti kotor ya rabbi, nasib kau la kereta dapat tuan macam aku..



******

p/s:
senanya banyak lagi aku nak taip. especially pasal engagement ni. ;p



1 comment: