Saturday, July 5, 2014

resepi puding caramel simple

Salam.

Semenjak dah tak berkerja dan tgh cari kerja baru. Aku berazam kat diri sendiri.. at least kena buat kudap2 utk berbuka.

Acece. Setakat ni aku da buat karipap dgn wadeh. Malas nak tunjuk gambar sebab hodoh. Kuikuikui

Semalam aku masak puding caramel utk berbuka.

Aku amatlah fail buat caramel tu.
T________T.. 
lepas 2 kali buat baru menjadi. so dari semalam dok google kat youtube acane nk buat gula hangus yang comel.

Ade yg kata letak gula & air. Pstu panaskan atas api ..aku buat >> hasilnye tak jadi langsung. Ahaha.

So, nak tau cane caramel aku tu menjadi, scroll sampai bawah ok?

RESEPI PUDING CARAMEL

BAHAN A
Gula 1 cawan
Air panas 1/2 cawan

BAHAN B
1 tin susu cair
5 biji telur
1 cawan air
2 sudu esen vanilau
3 sudu gula

CARA BUAT:

1) masak gula dgn api perlahan
2) bila gula da start cair & tukar kaler, masukkan air panas
(Nasihat aku, kacau laju2. Memang mula2 akan berketul2.. kena kacau sampai xde buih kat gula. Mmg makan masa sikit)
3) lepas gula da sebati, terus masukkan dalam loyang. Bekas plastik aku tak galakkan sebab gula tu panas
4) biarkan gula sejuk sikit
Ni hasil gula

5) sementara tggu gula sejuk sikit, pecahkan telur dalam bekas. Kacau. Tak payah kacau beria. Kekek

6) panaskan susu cair dalam periuk Masukkan esen vanila, gula & air. Kacau sampai sebati. Tak yah sampai mendidih

7) masukkan adunan susu cair & telur. Kacau sikit2

8) masukkan ke atas gula hangus tadi ( make sure tapis. Utk elakkan ada yang berketul)

9) kukus dlm masa 30-45 minit. Macam aku letak aluminium foil utk elak permukaan dia xlawa sebab kalau xttup, air wap akan jatuh. Jadi la macam rupa bulan lak

Tutup gini ha..keke
Tadaaaaaa...!

10) masukkan dlm peti sejuk. bila dah nak makan, terbalikkan loyang tu.

Hasilnye...


heeee.... menjadi la gak. semalam berbuka, tinggal suku je. mihihi


No comments: