Hi.
Dah hari Rabu, lemau lagi kat tempat kerja? mihihi. Semenjak tukar kerja baru. Almost setiap hari aku akan bawa bekal ke tempat kerja. ni sebab terpengaruh la bento comel2 yg femes kat jepun.
sumber; google
alolo. tengok gambar atas ni, nak makan pun rasa sayang hey...rasa sayang sayang hey.. kiki. tapi takkan nak buat gini lak kalau bekal aku dengan asri, gelak sakan kawan office kang. ;p kang kalau ada anak, aku buat gini. :D
cuma i'olls ni beruntung sangat asri nak bawak bekal. tak kisah makan pe. jadi selalunye aku dengan asri akan gi pasar utk cari lauk. balik pasar terus bersihkan ayam / ikan. simpan dalam peti ais. untuk masak paginye, selalunye aku akan prepare bahan nak masak tu belah malam. jadi bila pagi, tinggal masak je. masak pun simple2. beheeee... meh tengok ape yang aku masak
nasi putih + singgang ikan + sayur
nasi putih + cencaru masak kicap + sayur + tempe
nasi putih + sambal ayam + sayur
nasi putih + ayam msk kicap + salad
bubur + sup bebola (time ni asri sakit)
mi goreng
roti telur sardin
simple2 je aku masak. hari2 dok ulang sup/tomyam, kari, singgang, sambal, kicap. hehe. sampai kadang blur tak tahu nak masak apa. selalunye sebelum tido, pikir nak masak apa. macam masak kicap, kau boleh letak sos tiram / cili giling / black pepper. bahan asas sama. cuma tambah pape je.
senang kan kalau nak bawak bekal hari2. asri pun kata jimat kalau bawak bekal. macam aku, area tempat kerja kalau beli makan, mahu sampai RM10. Kalau macam asri, aku bekalkan dengan air sekali. senang kalau dia nak breakfast dengan air panas.
perut kenyang. husband pun makin syg. acece
nota kaki:
jom support #projekbekal :D
No comments:
Post a Comment