Friday, February 6, 2015

Kelab Bekal / Bento Malaysia #projekbekal

salam.

sejak bawa bekal ke tempat kerja masing2, aku selalu google cari resepi2 yang ringkas. Selalunya aku lebih prefer masakan yang siap kurang dari 30 minit. Selain tu, aku pun tak masak masakan yang guna santan. Sebab tak nak makanan cepat basi.




Pilihan masakan aku selalunya sambal, sup, kicap, paprik, kari tanpa santan & tomyam & aku akan prepare bahan2 untuk masak time malam. selalunye jenis masakan berulang je. cuma kadang2 kicap, tambah la black papper ke. ada la rasa lain2 sikit. beheeee

bila dah masak ni, aku lak dok pikir deko2 untuk asri. asri tak nak deko yang over sangat. ahaha. tak nak deko macam kanak2 bawa bekal gi sekolah. ;p aku join kelab bekal / bento malaysia. link SINI. satu group kat fb yang mana kebanyakkan orang join kelab ni mommy2 yang buat bento kat anak dorang. macam aku? selalunye deko guna salad je la. salad pun boleh makan. 


macam kat atas ni, ayam masak kicap, letak gajus. behee. letak salad terus nampak comel lotey



ni lak, breakfast + lunch. nugget tu letak dlm bekas muffin. 




ni burger special. buat sendiri kat rumah. salad ni mmg buat makanan nampak menggoda ;p


ni lak #projekbekal hari ni. ayam masak halia + telur dadar. konon2 nak buat telur dadar bentuk love. bila gulung. lupa cara nak buat bentuk love. jadi potong bulat2 je. 


ni la telur dadar love. huhuhu.. lepas ni nak pujuk asri belikan non-stick pan. beheee.. nanti bole dpt telur dadar nipis. 


*sumber youtube*


nota kaki:
gigih kau nadia.. gigih !

3 comments:

Myra Anne said...

waaa..comey and nampak yummy! huhuu.. nak rajin2 bekalkan asben bento la lepas ni.

http://myraanneba.blogspot.com/

nadia said...

@myraanne kadang2 ade yang husband yang tak nak bawak bekal tau.

naseb baik husband kite nak... pastu rajin gak tolong prepare bahan2

Ana Rozana said...

keep up the good work adik!