Tuesday, March 17, 2015

Ibu Turns 51 : Florist Bukit Tinggi Klang - Petal Florist Klang Sdn Bhd

Assalamualaikum..

beheee.. alkisahnya, masing2 ingat birthday ibu, tapi macam takde plan pape. petang semalam, masa on da way balik dari kerja, aku wassap abg, ada plan pape tak untuk birthday ibu kali ni.. abg reply, beli la pape, kek ke..

bila sampai rumah je, ibu keluar kejap, aku terus ajak asri survey + beli sekali kek kat area Bukit Tinggi. abg cakap survey kat BR. aku pun gi sana.. hmm. tapi tak berkenan sangat dengan design + price dia a little bit pricey. kiki.. last2 aku gi beli baker's cottage. tiramisu. 

dalam kereta, aku mengajak asri gi survey bunga. kebanyakan florist ni, akan tutup kedai awal tau. jadi, bila survey, memang banyak la kedai yang tutup. Last2 dapat 1 kedai bunga yang buka 


kedai ni best sebab bouquet2 kat sini semua dah digubah. Jadi, kalau kita ni jenis takde idea nak bunga macam mana, kedai ni memang one choice la. bouquet yang dijual kat sini dijual dengan harga yang affordable sebab kedai ni wholesaler untuk bunga2. last2 aku bekenan sangat sangat dengan bunga kat bawah ni



ada dalam 10 kuntum ros merah. harga dalam rm70 je. lepastu, siap dapat diskaun RM10. kikiki.. tak ke murah? sebab aku pernah survey, 10 kuntum dekat RM100.. 


haruslah aku yang posing dulu kan. hehehe. aku pun dapat bunga. asri bagi. kikiki. memang aku puas hati la dengan bouquet yang nak bagi ibu. :D



kitorang celebrate awal dalam pukul 10, sebab lambat2 takut mengantok lak.. mula2 aku bagi bunga yang 3 kuntum + kek.. tu pun muka ibu da happy.. lepas tu asri buat drama swasta

"ibu, ni kitorang ambik balik ye.. hehehehhe (sambil ambil bunga 3 kuntum)..."

lepas tu aku bawak turun bouquet ni.. lagi la senyum lebar.. kiki..

bak kata ibu, ni 1st time dapat bunga banyak2 ni. :') alhamdulillah dapat menghappykan ibu. cuma terkilan ayah tak sempat rasa semua ni. ayah pergi masa aku tengah belajar. tak sempat merasa ni semua. tapi, its ok, aku tahu ayah mesti bangga dengan anak2 dia. 

wishing you the best day ever.. all my love for you. Happy birthday ibu ! :)

4 comments:

Myra Anne said...

happy birthday utk ibu awak. =)

http://myraanneba.blogspot.com/

nadia said...

@myraanne thanks :)

Jimmy Hendrix said...

Boleh tau tak ape name kedai bunga tu

nadia said...

@jimmy

Petal Florist Klang Sdn Bhd :)