Thursday, June 4, 2015

Short Escape - Singapore 2 Hari 1 Malam #part1

Assalamualaikum

Bercuti sememangnya seronok. Kebetulan SIL ada kursus di Singapore seminggu masa pertengahan bulan 5. Jadi aku, asri & abg plan nak ke singapore untuk bercuti. Boleh dikatakan short escape yang paling gila kami berempat. hewhewhew.

macam SIL, everything is support by her company. So, kitorang kena bayar sendiri la. So far, memang tujuan utama nak ke Singapore sebab nak gi USS. jadi 2 hari 1 malam, menjadi pilihan kitorang. SIL akan habis training hari Khamis. Khamis malam, kitorang bertiga sampai Singapore. Jumaat akan beronok-ronok di USS

SEBELUM KE SINGAPORE

- Prepare passport- RM400 untuk 5 tahun - 2 orang
- Booking tiket flight - RM550.16 (termasuk tax)  - 2 orang
- Web check-in untuk pergi & balik
- Booking hotel 
- Booking tiket USS

TIKET FLIGHT

Sudah semestinya, menggunakan Air Asia sebab tiket yang lebih murah berbanding airline yang lain
aku just beli untuk aku dengan asri sebab tiket flight abg, company SIL yang uruskan masa booking tiket SIL untuk kursus. Kitorang pilih untuk naik flight Khamis malam. Khamis, kitorang still boleh kerja. Just ambik 2 hours.. untuk balik & siap2 untuk ke KLIA2.

total tiket flight untuk pergi & balik (2 orang) = RM550.16 (temasuk tax)


*details flight*

untuk dari singapore ke malaysia, kitorang ambik flight terakhir sebab hari jumaat, memang nak all out kat singapore


KLIA2
kitorang decide untuk gerak gi KLIA2 awal sikit sebab konon2 nak jalan dalam sana. lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang dah bergerak ke KLIA2 walaupun flight lebih kurang pukul 9.30 malam. sebab utama kitorang gerak awal, sebab tak nak jammed.

*kami*


*view dari smoking area*


*dengan asri*


*dalam flight*

CANGI INTERNATIONAL AIRPORT
Immigration kat Cangi lagi strict dari Malaysia. 


masa dari Singapore ke KL, abg & SIL terlupa simpan toileteries dalam luggage, bila sampai kat Immigration, habis semua dia buang. So, please kalau nak bawa liquid untuk hand luggage, bawa kurang 100 ml, setiap satu.

dari Cangi Airport ke hotel, kitorang naik taxi. 

KOS : SGD19


HOTEL
since, kitorang dah booking awal kat Agoda (SIL yang buat booking), memang menyenangkan kitorang. Bila sampai Singapore, jangan risau dengan perkhidmatan teksi. sebab terlalu banyak & sangat efficient. menurut sorang pemandu teksi kat Singapore, akan ada 2 shift untuk pemandu teksi. jadi, tak perlu risau tunggu teksi lama2 :)


*fragrance hotel*


kitorang memilih fragrance hotel, geylang. even ramai yang cakap ni red area, tapi so far jalan hotel yang aku duduk ni.. still ok.. ada satu jalan lagi, penuh dengan 'orang' tu. mihihihi.. memikirkan, nak cari hotel buat tidur 1 malam je. harga semalam dalam seratus lebih termasuk tax. bilik aku ada WIFI. disebabkan 2H1M, aku tak buat roaming pun. hehehe.

So far, bilik dia agak kecil. view pun so so je. sebab aku dapat tingkat 2. bila tengok view, nampak bangunan depan. lantai takde carpet atau jubin. just simen. T_____T. tapi mini fridge & safety box tu ada la. toilet lak takde bath up. bagi aku ok la. setakat nak tidur semalam. hewhewhew. 

tapi banyak review yang aku baca, kalau nak pergi singapore, ramai yang suggest tidur kat JB. sebab kalau rate seratus lebih, banyak lagi hotel yang best boleh dapat kat JB


see. bilik dia kiut je. depan tu dah pintu :)


lepas settle check in, kitorang makan malam berempat :) lokasi, tak berapa jauh dari hotel, just jalan sikit ke depan, ada kedai mamak. 





pilihan aku lepas tergoda tengok abang makan ialah nasi briyani. ahahha. padahal kat KLIA, da melantak mee sup. tapi bila tengok abg makan, terus rasa nak order. kiki. kita boleh pilih nak daging atau ayam. macam aku, aku pilih daging. sedap gila ok? sampai harini terbayang-bayang. kikiki

kongsi dengan asri. hihihi. 


KOS (3 mknn + 4 air) : SGD22


PUSING-PUSING
tak remaja la kalau tidur awal kan? hahaha. jadi, kitorang decide nak pusing2 naik teksi area Singapore. pemandu teksi ni cakap, disebabkan kitorang datang Khamis, Singapore ni macam sunyi sikit bila malam, sebab jumaat, orang still kerja.

jadi driver taxi tu letak kitorang kat area Marina bay sand


*google*



ni la Marina Bay Sand. kemain lawa. hihi. nak stay sini, belum mampu la kan? kite traveller yang ciput2 je. kiki.

view dari bawah marina bay sand


haruslah  selfie sekeping dua! 

lepas tu, kitorang decide nak masuk casino. ;p bukan nak pergi main, tapi semata-mata nak tengok view dalam tu (BACA: ORANG ISLAM HARAM BERJUDI). disebabkan abg kata, bila kita nak tengok lagi, kitorang pun decide nak round2 dalam casino. kitorang round2 dalam 15 minit je. ada 4 tingkat tak silap aku. hihi. 

yang aku salute kat Singapore ni, dorang akan kenakan bayaran untuk citizen Singapore yang nak masuk dalam casino. S$100.  kiranya sebelum masuk pun dah rugi S$100. tujuan dia bagus, sebab tak nak rugikan citizen Singapore. kalau bangrap, biar orang luar yang kena. ahahaha

KOS TAXI (dari hotel ke Marina Bay Sand) : SGD13.50


MUSTAFA CENTRE
jam dah tunjuk pukul 1 pagi. still tak puas jalan-jalan area Singapore. Lepas tu, kitorang decide pergi Mustafa centre sebab mustafa centre buka 24 hours. mustafa centre ni dekat area little india. 
macam biasa, naik taxi je la. sebab dah pagi2 kan. mana nak ada transport lain. 

bertingkat-tingkat mustafa centre. dari barang personal, perfume, kasut, makanan, camera, barang kemas. you name it! hampir semua ada. kikiki.. ala2 macam Mydin Malaysia. tapi barang dia ORI. 
macam perfume, memang murah. SGD90 dapat 2 perfume (sama jenis). murah dari Malaysia. tapi kitorang tak beli pape pun. kan namanya jalan-jalan. hihihi


KOS TAXI (dari Marina Bay Sand ke Mustafa Centre) : SGD10.60

lepas jalan2 dalam mustafa centre. kaki dah start sakit, kitorang balik hotel. sampai hotel dalam pukul 3 pagi. terus zzzzzz..esoknya nak pergi USS !!!


KOS TAXI (dari Mustafa Centre ke hotel) : SGD10.00





to be continue

mihihihihihihi 

No comments: