Monday, June 8, 2015

Short Escape - Singapore 2 Hari 1 Malam #part2

Assalamualaikum



ha.. dah baca part 1 belum? kalau belum, baca kat SINI. kitorang berempat decide nak ke USS, awal pagi sebab tak nak pergi dah tengahari. kalau panas,dah takde mood.

macam aku, 6.30 pagi dah bangun. siap2, iron tudung. buat 3in1 yang hotel provide. lepas tu kejut asri. dalam pukul 7.30 pagi, kitorang dah check out hotel. lepas tu, terus gi breakfast kat kedai sama macam yang aku malam malam sebelumnya.


 
murtabak daging

aku order murtabak daging. kongsi dengan asri lagi. sebab kat bilik hotel, da makan maggi. hihihihi.
besar kan portion dia.

KOS (3 mknn + 4 air) : SGD20


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Lepas breakfast, terus gerak gi USS, kitorang gerak sama dengan waktu orang pergi kerja, jadi teksi banyak takda. tapi takde la kena tunggu sampai 15 minit. dalam 8-10 minit, da dapat teksi, cuma jalan je la jammed sikit

KOS TAXI (dari hotel ke USS) : SGD18

lepas sampai USS. kitorang cari locker untuk letak luggage. kat area USS, ada beberapa tempat untuk luggage tau.







tempat locker kitorang ni tak berapa jauh dari turun taxi. naik escalator. dah nampak locker ni. ada 2 saiz untuk locker ni. kitorang ambik saiz yang paling besar. muat untuk luggage SIL & beg aku.

KOS LOCKER : SGD30 (sehari)

ENTRANCE USS

 disebabkan kitorang dah heavy breakfast dulu, lepas letak luggage kat locker, terus beratur nak masuk USS. masa sampai atas, orang dah memang ramai. macam kitorang, kitorang dah beli tiket online. jadi senang sikit. tak payah beratur dua kali. heeee



WAKTU OPERASI USS

10.00 AM-7.00 PM (WEEKDAYS)
10.00 AM - 9.00 PM (WEEKEND & PUBLIC HOLIDAY)



Ni kitorang sampai awal gak dalam pukul 9 lebih, dah beratur panjang. hehehe


us




muka excited ! tak berminyak. ahahaha


water cooler? jangan risau. banyak sangat water cooler dalam USS. aku just bawak botol je. dalam USS, baru isi air :)


TRANSFORMERS RIDE
disebabkan dah google. ramai yang cakap transformers ride uss singapore best. So, lepas je masuk, kitorang gi jalan terus. then terus ke kanan untuk masuk ke transformers. ahahaha. ambik gambar? so far, kitorang dah deal, ambik gambar nak last2. hehe.. nak enjoy main dulu.

google






disebabkan kitorang masuk awal & takde orang sangat, jadi takde kes beratur dekat sejam. kikikiki.. best! 


see.. kosong je :D


lepas keluar transformers, cuaca mendung je. hujan rintik2. aku memang siap2 bawak payung lipat. hehehe. macam abg & SIL takde bawak. jadi, dorang beli payung kat dalam USS

ANCIENT EGYPT
dalam ancient egypt ni ada revenge of the mummy. ride jugak. beheeee.. disebabkan asri & SIL tak nak naik macam ala2 roller coster, aku dengan abang je yang masuk. SIL & asri tunggu kat luar. jaga beg, hehe. 

dekat ancient egypt ni ada halal food. tapi disebabkan kitorang kenyang lagi, kitorang tak makan. 

SCI FI CITY
lepas naik ride kat ancient egypt, perasaan nak naik roller coster kat sci fi city terus takde. ahahahaha...tapi nasib tak berapa nak baik. disebabkan hujan, semua outdoor game, kena stop sampai kilat takde, melepaslah abg nak naik roller coster.

FAR FAR AWAY
disebabkan hujan rintik2, kitorang pun masuk la kat far far away. 

posing sat. masing2 dah start sakit kaki. hewhewhew



bagi aku, biasa2 je dalam far far away ni. hihi. tapi seronok gak sebab dapat duduk. relax kejap. hehehe

*google*


PUSS IN BOOTS GIANT JOURNEY
hujan dah mula stop, jadi kitorang decide nak naik puss in boots. rang dah start ramai. sebab dah tengahari. elok lagi 2 line nak sampai turn nak naik. tiba2 kilat jadi balik. so, outdoor game stop lagi sekali. T______T. frust tau i'olsss..

MEL'S CORNER
takkan nak main je kan? behee.. perut lapar. dalam USS, ada beberapa restaurant yang halal. kitorang decide makan kat mel's corner. 

*view dalam mel's corner*


KOS : SGD 65.70 (4 orang)

lepas makan, kitorang ambik gambar kat luar Mel's corner. 








LIGHT CAMERA ACTION
kat sini kita boleh tengok cara Steven Spielberg buat filem. kita boleh tengok, angin kuat, ombak besar, kilat, guruh dsb. light camera action ni area New York

MADAGASCAR
kitorang masuk gak kat madagascar. redha je la time kena tembak dengan air. mihihihihi

HOLLYWOOD
kaki dah start sakit. tapi kitorang dok melayan street performance kat area Hollywood 

video






p/s : banyak gak tempat yang kitorang tak pergi, hewhewhew. 
kekangan masa + penat dah, hehhee


to be continue (kaki penat, tapi nak jalan lagi !)

mihihihihihihi 

No comments: