Thursday, August 13, 2015

#projekbekal Roti Jala + Kari Ayam

Assalamualaikum.

dah lama sangat aku tak berbekal ke tempat kerja. Asri sekarang kerja shift. Shift pagi dia start pukul 6.00 am. Asri akan bangun pukul 4.00-4.30 am. keluar rumah pukul 5 am sebab dari rumah ke tempat kerja dalam 40 minit. 

asri lak macam kesian kat aku. jadi dia insist tak nak aku masakkan bekal dia. dia kata kesian sebab pagi2 nak kena bangun sediakan bekal untuk dia. jadi bila tak bekalkan asri, aku pun jadi malas nak bawa bekal gi office.

dalam 2 bulan aku relax tak berbekal (dari bulan puasa). aku jadi kesian lak kat asri sebab dia kena makan luar time kerja. rasa macam malas sangat aku ni. huhuhu. lagi2 lepas tengok #projekbekal kat instagram. dulu dengan sekarang lain betul. penyakit malas ni memang susah betul nak ubah. last2 aku start bekalkan dia roti john. sekali je. malas gila kan? 

last2 semalam, aku masakkan roti telur sardin. febret dia mesti kena kurang minyak. kalau beli kat kedai, boleh perah minyak kat roti tu. 

recycle gambar lama. hewhew

pesen aku kalau nak bawa bekal gi office, aku kena pikir sehari awal. dalam kepala dah kena bayang2 nak masak apa. nak beli apa bila balik dari office. kalau pagi tu baru nak pikir, memang tak jadi apa la. 

harini mood aku nak masak ada balik. jadilah roti jala + kari ayam. sila lah abaikan rupa tak semengah roti jala aku tu. menjala pukul 4 pagi. macam kari ayam tu, aku dah masak separuh. lepas sejukkan, aku simpan dalam peti ais. pukul 4 pagi kuarkan baru tambah santan. 

roti jala + kari ayam


esok, aku plan nak masak breakfast + lunch untuk #projekbekal aku dengan asri. breakfast maybe lempeng kelapa + sambal ikan bilis. lunch lak sambal ikan. bahan2 kena prepare petang lepas balik kerja. esok tinggal masak je. kalau sume nak buat esok pagi memang tak sempat la gamaknye :)

1 comment:

Anonymous said...

Right away I am ready to do my breakfast, when having my
breakfast coming over again to read more news.


My blog :: sophisticated jaguar