Showing posts with label nasdritravel. Show all posts
Showing posts with label nasdritravel. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Short Escape - Singapore 2 Hari 1 Malam #part3

Assalamualaikum



disebabkan kaki dah start sakit. kitorang lepak je kat luar USS. relax kejap. kat luar USS, ada smoking area tau. dalam USS pun ada smoking area. 





*melayan kanak2 main air ;p*


rehat dalam 20 minit, semua dah malas nak masuk dalam USS balik (fyi, boleh masuk balik lepas keluar USS, tapi make sure cop tangan. bagitahu petugas)


UNDERWATER WORLD SINGAPORE
flight balik ke Malaysia pukul 11 malam. jadi kitorang decide nak masuk underwater world. korang kena bagitahu kaunter korang dah msuk USS. nanti dapat murah sikit. sebenarnya boleh je beli sekali time beli tiket USS, tapi kitorang takut macam tergesa2. tu yang beli last minit. 


KOS (tiket + typhoon theatre) : SGD80 (4 orang)

kalau kau tanya pengalaman kat dalam ni? memang best sangat2. Cuma kitorang sampai da petang. jadi untuk pertunjukkan semua, tak de la dapat tengok.






















APA MENARIK DI UNDERWATER WORLD?


*google*

dah penat2 jalan daalm USS, relaxkan kaki kat dalam underwaterworld. macam kitorang, duduk depan aquarium ni. layan ikan berenang. hehehe. siap duduk kaki terjulur. ahahahaha. lepas tu, dorang siap bukak lagu yang slow2. memang layan la duduk depan aquarium ni. hilang rasa penat kat aquarium besar gabak ni. 


tengok.. orang tu siap meniarap bagai depan aquarium besar ni. hehehehehe.. so, nak tempat relax2 lepas gi USS, korang boleh masuk underwater world singapore

btw, jangan lupa masuk kat Typhoon Theatre. SGD2 je per entry. menarik gak kat sini. dapat rasa typhoon. hehehehe.. 


bila da dekat pukul 7 lebih, kitorang nak gerak ke airport. flight pukul 11. tapi saja nak duduk airport awal sikit. time ni, nak tunggu teksi panjang sikit. 1st come. 1st serve la kan? sabar ok? walaupun time tu kakai kau dah sakit sangat.T_______T dalam teksi on da way gi airport, sume ambik kesempatan lelap mata kejap. 

KOS (PULAU SENTOSA - AIRPORT) : SGD28

sampai airport, cari kedai makanan halal untuk dinner. aku langsung tak makan. sebab kenyang + penat. makan kat airport, confirm la mahal sikit

DINNER (AIRPORT) - SGD57 (3 makanan + 4 air)

flight balik malaysia pukul 11 malam. tapi flight aku delay 30 minit. hewhewhew..pantang ada masa, sume lelap mata



*asri*


*kemain cover tau*

*abg*

so far pergi singapore 2 hari 1 malam, memenatkan ! tapi best ! ahahaha. sampai rumah, mandi.. lepas tu terus zzzzz...

:)


Monday, June 8, 2015

Short Escape - Singapore 2 Hari 1 Malam #part2

Assalamualaikum



ha.. dah baca part 1 belum? kalau belum, baca kat SINI. kitorang berempat decide nak ke USS, awal pagi sebab tak nak pergi dah tengahari. kalau panas,dah takde mood.

macam aku, 6.30 pagi dah bangun. siap2, iron tudung. buat 3in1 yang hotel provide. lepas tu kejut asri. dalam pukul 7.30 pagi, kitorang dah check out hotel. lepas tu, terus gi breakfast kat kedai sama macam yang aku malam malam sebelumnya.


 
murtabak daging

aku order murtabak daging. kongsi dengan asri lagi. sebab kat bilik hotel, da makan maggi. hihihihi.
besar kan portion dia.

KOS (3 mknn + 4 air) : SGD20


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Lepas breakfast, terus gerak gi USS, kitorang gerak sama dengan waktu orang pergi kerja, jadi teksi banyak takda. tapi takde la kena tunggu sampai 15 minit. dalam 8-10 minit, da dapat teksi, cuma jalan je la jammed sikit

KOS TAXI (dari hotel ke USS) : SGD18

lepas sampai USS. kitorang cari locker untuk letak luggage. kat area USS, ada beberapa tempat untuk luggage tau.







tempat locker kitorang ni tak berapa jauh dari turun taxi. naik escalator. dah nampak locker ni. ada 2 saiz untuk locker ni. kitorang ambik saiz yang paling besar. muat untuk luggage SIL & beg aku.

KOS LOCKER : SGD30 (sehari)

ENTRANCE USS

 disebabkan kitorang dah heavy breakfast dulu, lepas letak luggage kat locker, terus beratur nak masuk USS. masa sampai atas, orang dah memang ramai. macam kitorang, kitorang dah beli tiket online. jadi senang sikit. tak payah beratur dua kali. heeee



WAKTU OPERASI USS

10.00 AM-7.00 PM (WEEKDAYS)
10.00 AM - 9.00 PM (WEEKEND & PUBLIC HOLIDAY)



Ni kitorang sampai awal gak dalam pukul 9 lebih, dah beratur panjang. hehehe


us




muka excited ! tak berminyak. ahahaha


water cooler? jangan risau. banyak sangat water cooler dalam USS. aku just bawak botol je. dalam USS, baru isi air :)


TRANSFORMERS RIDE
disebabkan dah google. ramai yang cakap transformers ride uss singapore best. So, lepas je masuk, kitorang gi jalan terus. then terus ke kanan untuk masuk ke transformers. ahahaha. ambik gambar? so far, kitorang dah deal, ambik gambar nak last2. hehe.. nak enjoy main dulu.

google






disebabkan kitorang masuk awal & takde orang sangat, jadi takde kes beratur dekat sejam. kikikiki.. best! 


see.. kosong je :D


lepas keluar transformers, cuaca mendung je. hujan rintik2. aku memang siap2 bawak payung lipat. hehehe. macam abg & SIL takde bawak. jadi, dorang beli payung kat dalam USS

ANCIENT EGYPT
dalam ancient egypt ni ada revenge of the mummy. ride jugak. beheeee.. disebabkan asri & SIL tak nak naik macam ala2 roller coster, aku dengan abang je yang masuk. SIL & asri tunggu kat luar. jaga beg, hehe. 

dekat ancient egypt ni ada halal food. tapi disebabkan kitorang kenyang lagi, kitorang tak makan. 

SCI FI CITY
lepas naik ride kat ancient egypt, perasaan nak naik roller coster kat sci fi city terus takde. ahahahaha...tapi nasib tak berapa nak baik. disebabkan hujan, semua outdoor game, kena stop sampai kilat takde, melepaslah abg nak naik roller coster.

FAR FAR AWAY
disebabkan hujan rintik2, kitorang pun masuk la kat far far away. 

posing sat. masing2 dah start sakit kaki. hewhewhew



bagi aku, biasa2 je dalam far far away ni. hihi. tapi seronok gak sebab dapat duduk. relax kejap. hehehe

*google*


PUSS IN BOOTS GIANT JOURNEY
hujan dah mula stop, jadi kitorang decide nak naik puss in boots. rang dah start ramai. sebab dah tengahari. elok lagi 2 line nak sampai turn nak naik. tiba2 kilat jadi balik. so, outdoor game stop lagi sekali. T______T. frust tau i'olsss..

MEL'S CORNER
takkan nak main je kan? behee.. perut lapar. dalam USS, ada beberapa restaurant yang halal. kitorang decide makan kat mel's corner. 

*view dalam mel's corner*


KOS : SGD 65.70 (4 orang)

lepas makan, kitorang ambik gambar kat luar Mel's corner. 








LIGHT CAMERA ACTION
kat sini kita boleh tengok cara Steven Spielberg buat filem. kita boleh tengok, angin kuat, ombak besar, kilat, guruh dsb. light camera action ni area New York

MADAGASCAR
kitorang masuk gak kat madagascar. redha je la time kena tembak dengan air. mihihihihi

HOLLYWOOD
kaki dah start sakit. tapi kitorang dok melayan street performance kat area Hollywood 







p/s : banyak gak tempat yang kitorang tak pergi, hewhewhew. 
kekangan masa + penat dah, hehhee


to be continue (kaki penat, tapi nak jalan lagi !)

mihihihihihihi 

Thursday, June 4, 2015

Short Escape - Singapore 2 Hari 1 Malam #part1

Assalamualaikum

Bercuti sememangnya seronok. Kebetulan SIL ada kursus di Singapore seminggu masa pertengahan bulan 5. Jadi aku, asri & abg plan nak ke singapore untuk bercuti. Boleh dikatakan short escape yang paling gila kami berempat. hewhewhew.

macam SIL, everything is support by her company. So, kitorang kena bayar sendiri la. So far, memang tujuan utama nak ke Singapore sebab nak gi USS. jadi 2 hari 1 malam, menjadi pilihan kitorang. SIL akan habis training hari Khamis. Khamis malam, kitorang bertiga sampai Singapore. Jumaat akan beronok-ronok di USS

SEBELUM KE SINGAPORE

- Prepare passport- RM400 untuk 5 tahun - 2 orang
- Booking tiket flight - RM550.16 (termasuk tax)  - 2 orang
- Web check-in untuk pergi & balik
- Booking hotel 
- Booking tiket USS

TIKET FLIGHT

Sudah semestinya, menggunakan Air Asia sebab tiket yang lebih murah berbanding airline yang lain
aku just beli untuk aku dengan asri sebab tiket flight abg, company SIL yang uruskan masa booking tiket SIL untuk kursus. Kitorang pilih untuk naik flight Khamis malam. Khamis, kitorang still boleh kerja. Just ambik 2 hours.. untuk balik & siap2 untuk ke KLIA2.

total tiket flight untuk pergi & balik (2 orang) = RM550.16 (temasuk tax)


*details flight*

untuk dari singapore ke malaysia, kitorang ambik flight terakhir sebab hari jumaat, memang nak all out kat singapore


KLIA2
kitorang decide untuk gerak gi KLIA2 awal sikit sebab konon2 nak jalan dalam sana. lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang dah bergerak ke KLIA2 walaupun flight lebih kurang pukul 9.30 malam. sebab utama kitorang gerak awal, sebab tak nak jammed.

*kami*


*view dari smoking area*


*dengan asri*


*dalam flight*

CANGI INTERNATIONAL AIRPORT
Immigration kat Cangi lagi strict dari Malaysia. 


masa dari Singapore ke KL, abg & SIL terlupa simpan toileteries dalam luggage, bila sampai kat Immigration, habis semua dia buang. So, please kalau nak bawa liquid untuk hand luggage, bawa kurang 100 ml, setiap satu.

dari Cangi Airport ke hotel, kitorang naik taxi. 

KOS : SGD19


HOTEL
since, kitorang dah booking awal kat Agoda (SIL yang buat booking), memang menyenangkan kitorang. Bila sampai Singapore, jangan risau dengan perkhidmatan teksi. sebab terlalu banyak & sangat efficient. menurut sorang pemandu teksi kat Singapore, akan ada 2 shift untuk pemandu teksi. jadi, tak perlu risau tunggu teksi lama2 :)


*fragrance hotel*


kitorang memilih fragrance hotel, geylang. even ramai yang cakap ni red area, tapi so far jalan hotel yang aku duduk ni.. still ok.. ada satu jalan lagi, penuh dengan 'orang' tu. mihihihi.. memikirkan, nak cari hotel buat tidur 1 malam je. harga semalam dalam seratus lebih termasuk tax. bilik aku ada WIFI. disebabkan 2H1M, aku tak buat roaming pun. hehehe.

So far, bilik dia agak kecil. view pun so so je. sebab aku dapat tingkat 2. bila tengok view, nampak bangunan depan. lantai takde carpet atau jubin. just simen. T_____T. tapi mini fridge & safety box tu ada la. toilet lak takde bath up. bagi aku ok la. setakat nak tidur semalam. hewhewhew. 

tapi banyak review yang aku baca, kalau nak pergi singapore, ramai yang suggest tidur kat JB. sebab kalau rate seratus lebih, banyak lagi hotel yang best boleh dapat kat JB


see. bilik dia kiut je. depan tu dah pintu :)


lepas settle check in, kitorang makan malam berempat :) lokasi, tak berapa jauh dari hotel, just jalan sikit ke depan, ada kedai mamak. 





pilihan aku lepas tergoda tengok abang makan ialah nasi briyani. ahahha. padahal kat KLIA, da melantak mee sup. tapi bila tengok abg makan, terus rasa nak order. kiki. kita boleh pilih nak daging atau ayam. macam aku, aku pilih daging. sedap gila ok? sampai harini terbayang-bayang. kikiki

kongsi dengan asri. hihihi. 


KOS (3 mknn + 4 air) : SGD22


PUSING-PUSING
tak remaja la kalau tidur awal kan? hahaha. jadi, kitorang decide nak pusing2 naik teksi area Singapore. pemandu teksi ni cakap, disebabkan kitorang datang Khamis, Singapore ni macam sunyi sikit bila malam, sebab jumaat, orang still kerja.

jadi driver taxi tu letak kitorang kat area Marina bay sand


*google*



ni la Marina Bay Sand. kemain lawa. hihi. nak stay sini, belum mampu la kan? kite traveller yang ciput2 je. kiki.

view dari bawah marina bay sand


haruslah  selfie sekeping dua! 

lepas tu, kitorang decide nak masuk casino. ;p bukan nak pergi main, tapi semata-mata nak tengok view dalam tu (BACA: ORANG ISLAM HARAM BERJUDI). disebabkan abg kata, bila kita nak tengok lagi, kitorang pun decide nak round2 dalam casino. kitorang round2 dalam 15 minit je. ada 4 tingkat tak silap aku. hihi. 

yang aku salute kat Singapore ni, dorang akan kenakan bayaran untuk citizen Singapore yang nak masuk dalam casino. S$100.  kiranya sebelum masuk pun dah rugi S$100. tujuan dia bagus, sebab tak nak rugikan citizen Singapore. kalau bangrap, biar orang luar yang kena. ahahaha

KOS TAXI (dari hotel ke Marina Bay Sand) : SGD13.50


MUSTAFA CENTRE
jam dah tunjuk pukul 1 pagi. still tak puas jalan-jalan area Singapore. Lepas tu, kitorang decide pergi Mustafa centre sebab mustafa centre buka 24 hours. mustafa centre ni dekat area little india. 
macam biasa, naik taxi je la. sebab dah pagi2 kan. mana nak ada transport lain. 

bertingkat-tingkat mustafa centre. dari barang personal, perfume, kasut, makanan, camera, barang kemas. you name it! hampir semua ada. kikiki.. ala2 macam Mydin Malaysia. tapi barang dia ORI. 
macam perfume, memang murah. SGD90 dapat 2 perfume (sama jenis). murah dari Malaysia. tapi kitorang tak beli pape pun. kan namanya jalan-jalan. hihihi


KOS TAXI (dari Marina Bay Sand ke Mustafa Centre) : SGD10.60

lepas jalan2 dalam mustafa centre. kaki dah start sakit, kitorang balik hotel. sampai hotel dalam pukul 3 pagi. terus zzzzzz..esoknya nak pergi USS !!!


KOS TAXI (dari Mustafa Centre ke hotel) : SGD10.00





to be continue

mihihihihihihi