Saturday, August 13, 2011

resepi : kuih badak berendam

salam ramadhan :)

hari ni aku nak tepek 1 resepi lagi.. kuih badak berendam.. resepi ni aku dapat lepas aku google kat tenet :))





BAHAN-BAHAN

A) BAHAN BAHAGIAN INTI


1. setengah cawan air



2. suku kelapa parut




3. 2-3 sudu gula merah


4. garam secukup rasa


5. 4 sudu besar gula




B) BAHAN BAHAGIAN HIJAU

1. 3 cawan tepung pulut



2. 2 cawan air pandan



3. garam secukup rasa



C) BAHAN BAHAGIAN KUAH

1. 2 cawan santan

2. 2 sudu tepung beras

3. garam secukup rasa






CARA-CARA MEMBUAT KUIH BADAK BERENDAM



a) bahagian inti

1. masukkan air, gula pasir dan gula merah dalam periuk.. biar 2 bahan ni larut.. masukkan garam



2. bila dah betul2 larut, masukkan kelapa parut.. make sure, api kena perlahan.. kacau sampai bahagian inti ni kering



3. bila dah kering, tutup api dan masukkan dalam mangkuk.. tujuan masuk dalam mangkuk ni sebab nak pastikan isi ni dah sejuk masa kita buat bahagian hijau




b) bahagian hijau

1. masukkan tepung pulut, air daun pandan dan garam dalam besen.. uli sampai rata


*rupa sebelum masak*

2. pastikan bahagian ni jangan lembik sangat atau keras sangat.. kalau terlembik, korang tambah la tepung pulut lagi..



3. bila dah siap, ambil sikit bahagian hijau.. buat bulat2.. jangan kecik sangat macam buah melaka..bagi besar sikit



4. lepas tu, buat lubang sikit kat tengah



5. masukkan inti macam kat gambar bawah ni

lepas tu, bulatkan balik kuih ni..


6. masukkan air dalam periuk, biar mendidih dan masukkan badak berendam dalam periuk.. macam mana nak tahu dah masak? nanti korang akan nampak kuih ni timbul

*ni belum masak lagi*


c) bahagian kuah


1. masukkan santan, tepung beras dan garam.. kacau sampai mendidih





cara menghias :)

bila dah masak, tuang yang warna hijau dengan kuahnya dalam mangkuk.. macam aku, aku hias dengan daun pandan

tadaaa.... dah siap :))





notakaki;
ambik resepi kat [SINI]

4 comments:

Nava.K said...

I like this so much but only a small quantity can go through.

faRHa@miSS Vio said...

huhu..pnah tgk...p xprnah nk cuba makan...

fazey said...

@Nava.K

my parents love it so much! hehehe ;p

fazey said...

@faRHa@miSS Vio

rasa la.. ok gak rasanya.. tak manis sgt